My Dearest Blog...
Nea..... Please... Sudahlah tuh.... Lepaskanlah semuanya. Lepaskan jauh-jauh. Benda tu dah lama berlalu. Tak perlu dah nak dikenang, jauh sekali untuk meletakkan apa-apa harapan lagi. Kenangan hanya kenangan Nea! Ingat benda tuh. Nak terluka lagi? Nak? Nak sangat bagi orang permainkan hati tuh, tak reti-reti nak serik kud? Cuba fikir bila sakit, sedih, menangis apa bagai, ada orang tu datang nak pujuk ke ubatkan ke apa ke, ada ke? Ada? Tak ada pun lah!
Biarlah dia bahagia dengan jalan yg dah dia pilih. Itu keputusan dia 7 bulan yg lalu. Dia dah pilih jalan tu and sama ada aku nak atau tak, aku tetap kena ikhlas terima jalan tu. Aku dah janjikan untuk cuba belajar ikhlaskan semua and memaafkan apa yg dah terjadi, aku nak bahagia jugak kan meskipun bukan bahagia dengan orang tersayang, at least aku bahagia sebab hidup dengan ketenangan.
Dah tak ada sebab untuk disesali lagi. Move on Nea! Dah 7 bulan aku hidup tanpa dia, siang and malam aku tanpa dia, setiap hari aku tanpa dia, dah 7 bulan dah, lama sangat and sepatutnya benda tu tak jadi alasan untuk kenapa aku perlu goyah bila dia ada dekat dengan aku. Please Nea jangan berharap dekat dia lagi. Jangan simpan apa-apa harapan walau secebis pun.
Dia ada life dia, dia dah ada perempuan lain, dia dah abhagia Nea dengan jalan pilihan dia. Aku pun ada life aku sendiri even aku tak ada pengganti tak bererti aku masih perlu bergantung harap dekat dia, tolonglah Nea... Jangan jadi munafik Nea, jangan mungkir janji tu, ingat, selalu jadi manusia yg berpegang pada janji. Apa yg jadi sekalipun tetap kena tunaikan.
Walau apa pun yg terjadi, aku tetap kena teruskan perjalanan ni, aku dah buat keputusan, aku tak boleh turn back lagi. Semua ni untuk kebaikan aku jugak kan? Enough Nea, stop thinking about him, he's just nothing at all. Masih jauh lagi Nea perjalanan ni, banyak lagi benda yg tak settle. Jangan disebabkan dia, aku jatuh rebah and tersungkur macam dulu, cukuplah! Ingatkan segalanya hanya terlalu menyedihkan untuk aku, tragi tau tak kisah seorang perempuan bodoh, lemah! Aku tak nak jadi macam tu lagi.
Jangan sia-siakan peluang yg tuhan dah bagi untuk aku, jangan sia-siakan sebab suatu masa dulu aku pernah hancurkan segalanya. Just move on and see who will you be for one day later. Jangan ulang lagi Nea kesilapan dulu. Bodoh namanya kalau masih mengulangi dalam sedar. Berhenti berharap dekat dia, jangan ingat dia, cukuplah sekadar dia hanya masa lalu yg aku simpan jauh dalam lubuk hati aku yg paling dalam, move on Nea, jangan bawak dia dalam realiti sebab dia bukan milik aku lagi, dia bukan milik aku lagi, sampai bila-bila pun dia tak akan kembali!
Terimalah and redhakan semua ni Nea. Nanti aku pun akan bahagia dengan izin tuhan, Insyaallah. Perbaiki diri, berusahalah untuk berubah, yg penting, nak buat apa pun, biarlah ikhlas kerana Allah. Insyaallah, ada hikmah disebalik semua ni, ada sesuatu disebalik sesuatu kan =') Keep Smiling