'MUHAMMAD FARRAH HAIZHAT'
Seuntai nama yg sangat unik untuk aku and hidup aku. Cute je nama dia. Secute orangnya jugak. HuHuHu... Aku kenal dia hujung bulan tahun lepas, on FB. ~What?! on FB? Ehh orang sekarang dah maju la, guna insta, whatsapp, wechat apa kejadah lain tu. Kau FB je nea? kunonyer....ngeee~ Kuno2 aku pun tu jauh lebih baik tau. FB yg satu tu pun dah bawak macam2 bala dekat aku, nak tambah lagi? Sanggup ke???
Aku bukan nak sentuh soal FB, wechat, whatsapp or any else okay, i just wanna touch about Haizhat. Okay, Haizhat, siapa dia ni? Siapa dia bagi aku? Apa kaitnya dia dgn life aku? and...........apa kedudukan dia dalam hati aku????
''Dia.......orang yg cuba tackle diri sekaligus hati aku untuk dia.
Dia.......orang yg dah cuba tembusi hati and fikiran aku.
Dia.......orang yg dah berjaya mendapat tempat dalam hati aku.
Dia.......orang yg berjaya buat aku terindu-rindukan dia.
and sepastinya,
Dia.......orang yg aku sayang.''
Dahsyatkan dia, in just a moment, dia berjaya takluki pemikiran n separuh daripada hati aku. Setiap hari aku ingatkan dia, setiap hari jugaklah aku merindui dia. Kami pernah berdating, 2 kali je pun. Dekat mana? Tep sungai je. Sweet apa. HaHaHa. Almost 2 month aku dengan dia. Sebagai apa? Sebagai 'special one' lah apa lagi, tak kan sebagai atuk dan nenek pulak.
Even kami tak pernah isytihar couple, tapi aku panggil dia 'Abang' and dia panggil aku 'Sayang@Ayang'. Back to back, ayang jugak yg terpilih sebagai nama manja aku. Whateverlah. Bukan dia tak pernah melamar aku as Baby Girl dia, tapi aku yg selalunya biarkan soalan tu tergantung tanpa jawapan. Aku ni bukan tak nak, nak tu nak, tapi aku teragak-agak. Aku takut sangat nak adakan hubungan selepas apa yg terjadi. Hmmm....
Awal bulan ke-2 kami bersama, it's mean early in January, kami dapat sebuah dugaan yg boleh tahan toughnya, that is my ex-classmate merangkap my good-friend jugak, nama dia capital 'N', hmm aku malas nak sebut sebab kalau aku sebut secara automatic aku hilang feel, dia dapat hidu tentang relay aku and Haizhat from siapa, WALLAHUALAM aku tak tahu. Dicallnya laki aku, tau dia cakap apa? Dia katanya aku ni gf dia kat Haizhat, siap warning2 lagi jangan dekat dgn aku and jangan rampas aku dari dia, tengkorak moyang dia! apa lagi, laki aku pun mengamuklah, tapi dia mengamuk lain macam sikit, dia sensitif, and cara dia boleh tahan jugaklah, suka memerli. Aku ni kan dengan kebengongannya, tak tau mana2. Hampir saja kami putus disebabkan mamat poyo tuh! Erghh!!
Tak sangka masa aku ingat kami hampir putus tu, air mata aku gugur jugak. Masa tu aku rasa takut. Takut apa? Bukan takut hantu sepastinya, takut dia lepaskan aku. Tak sangka kan? Since tulah aku yakin dgn hati sendiri yg hati aku dah mula terima dia. Bahagia jugaklah aku dgn dia walaupun kami jarang spend time bersama mcm orang lain buat. Walau apa pun, aku selalu ingatkan diri aku yg aku tak boleh letakkan harapan tinggi untuk Haizhat sebab aku sendiri tak tau apa betul hubungan kami ni mampu bertahan atau tidak.
ALHAMDULILLAH, dia tak jadi putuskan hubungan kami. Aku agak lega malam tu walau agak kecewa and takut. Masuk saja February, on 8th Feb, ni lah hari terakhir aku bersama dia. Kenapa? Sebabnya aku mendapat sebuah kenyataan yg sungguh aku sendiri tak sanggup untuk mendengar atau menerima. Apa? Kenyataan yg dalam hati dia masih ada bekas dia. Ya ALLAH....................sama macam apa yg ada dalam hati aku. Tapi kenapa aku tak boleh terima sedangkan aku and Haizhat sama saja kan. Entahlah, mungkin disebabkan bila aku dah mula nak meletakkan kesetiaan untuk dia, and aku dapat tau pulak sesuatu yg aku sendiri tak mampu terima, aku jadi macam sewel-sewel sikit. Aku ingat lagi, dulu aku pernah cakap, 'biarlah siapa pun dia, aku tak nak ambil tau siapa dia masa lalu' tapi ternyata, cakap aku tak serupa bikin pulak. Aku tak dapat terima pada hari kejadian. Kami ada bertengkar sikit. Masa tu aku nekad nak lari dari dia, dgn harapan dia akan datang memujuk, sayangnya, aku dah tersilap langkah, bengapnye aku, dia tak pujuk aku pun! Dia pulak dah yg pergi menghilang entah ke mana sampailah ke hari ni, detik ni and ketika ini.
Abang.................mana abang pergi ni? Kenapa abang tak balik pun dekat ayang? Ayang rindu sangat dekat abang, abang tau tak? Abang tak rasa ke apa yg ayang rasa ni?? Puas tau ayang tunggu abang balik, tapi kenapa abang tak balik2 jugak sayang? Ayang dah letih tunggu abang.... Ayang dah jemu! Ayang muak bila abang dingin mcm ni! Whats wrong with you bang?! Salah ayang ke semua ni?! Didn't you see everything that I've been done to you sayang? It's all just for you. TUHAN............mana abang, mana dia pergi tuhan......take him back to me please.....I'm begging you tuhan...............please........
Wajar ke aku tinggalkan segalanya tentang dia? Tapi hati aku dah mula nak kan dia Ya ALLAH....... hati aku tak nak berpisah selamanya dgn dia Ya ALLAH........ siapa pun yg aku nampak, aku mesti terbayangkan Haizhat Ya ALLAH........... Please ALLAH......bring him back to me..........
Sayang.....come back please to me......... You'd already take away my heart with, please baby, dont leave it broken...... Jangan gantung hubungan kita sayang, Nea tak suka penggantungan yg menyeksakan mcm ni. Please sayang..... we can fix everything again, kita mesti boleh........ Honestly sayang, I don't want to be leave in pieces again........
Aku salah jugak sebab aku tak pernah story dia tentang past hidup aku. Dia tak pernah tahu hakikat and kenyataan seorang Nea. Tapi aku tak nak mensiakan semua ni. Aku just tak nak hidup dalam bayang2 masa lalu aku, seandainya boleh, biarlah aku mencintai dia sebagai Muhammad Farrah Haizhat and bukan orang lain. But why everything must turn and change this way God? Is it my fate? is it already written in my life that for the third time, i will loosing my loves one? Ya ALLAH............bila aku akan dapat jodoh aku Ya ALLAH.... hmmm.... mungkin sekarang bukan masanya lagi untuk aku bercinta. That's why aku always failed in love. Aku pasrah Ya ALLAH dengan suratan takdir aku, semoga ada yg lebih baik daripada semua ni akan terjadi Ya ALLAH. Aku doakan seandainya dia jodoh aku yg pasti, pulangkan dia ke sisi aku and seandainya dia bukan tertulis utk bersama dgn aku, jauhkan dia Ya ALLAH dari pendengaran, penglihatan, bahkan seluruh hidup, hati dan diri aku Ya ALLAH. Aku pasrah and redha Ya ALLAH utk segala suratan-MU.
'with love, for you abang'

